Wednesday, September 30, 2009

Filem Bruno diharamkan di Malaysia

Aku mendapat berita bahawa filem Bruno akan di haramkan di malaysia minggu lepas.. Aku ingatkan ianya cuma khabar angin sahaja. Semalam Malaysia kini melaporkan ......



Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata hasil penelitian dan semakan Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini.


LPF mendapati filem yang dibintangi Sacha Cohen Boren itu bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks. "Filem ini juga dengan jelas telah menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian," kata kenyataan itu. Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem itu. - Bernama


Sila Click disini untuk membaca berita ini di laman web malaysia kini




============================================================================
Kementerian Penapis Film berkata filem ini mempunyai unsur unsur yang tidak sesuai untuk budaya dan amalan hidup masyarakat setempat.

Unsur unsur yang di tapis seperti berikut


1) Gay
2) Aksi Lucah dan Kata bual lucah
3) Peralatan Seks
4) Menyentuh Sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agam kristian.

Kalau kita (masyarakat) merenung balik filem-filem yang pernah ditayangkan di pangung wayang Malaysia. berapakah filem yang penuh dengan nilai murni and sesuai dengan amalan hidup masyarakat Malaysia?


Kebanyakan filem-filem barat mempunyai unsur unsur seperti di atas. Perlukan kita haramkan semua filem-filem barat?? Hampir 70 peratus filem-filem barat mempunyai unsur unsur seperti diatas dan selain itu filem-filem barat juga mempunyai unsur ganas, politik, Rasuah, cumbuan, mempersendakan agama-agama, tokoh tokoh politik memjadi bahan lawak, dan macam-macam lagi. Adakah itu sesuai dengan amalan hidup masyarakat orang timur??


Soalannya Adakan filem-filem hasil penerbitan orang Malaysia penuh dengan nilai murni? Adakah ia Sesuai dengan amalan hidup orang malaysia?Jom Kita tengok filem-filem yang pernah ditayangkan di pawagam kita. 2 filem kegemaran aku, Impak maxima dan Rem-Pit


Siapa yang pernah tengok filem itu, tepuk dada tanya selera... Baik sangat ke cerita itu kalau di bandingkan dengan filem filem lain ??


Aku tak menunding jari kepada mana-mana pihak, tetapi ini pandang aku, dan bagi aku filem-filem ini cuma rekaan semata-mata. Orang yang berakal tahu mana baik dan buruk.


Pekara ini sama sahaja dengan konsert concert yang menjadi bahan panas apabila artis artis luar negara yang menganjurkan konsert meraka.di malaysia. Aku masih ingat bila Micheal Jackson yang datang ke malaysia, Beliau tidak dibenarkan memegang kemaluan beliau semasa menari, beliau cuma dibenarkan memegang tali pinggang beliau. Aku tak perlu mengulas pandangan aku pasal benda ini, dah bertahun tahun berlalu.. Micheal jackson pun dah meninggal.


Aku berpendapat gejala maksiat, sosial, mat rempit, dan macam macam lagi. Tidak kena mengena dengan filem yang di tonton atau konsert atau pengaruh orang luar. kenapa Kita tidak melihat diri kita sendiri?? Adakan pengaruh negetif dan gejala negatif ini salah kerajaan? cikgu? ibu bapa? agama? TIDAK!.. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.. cara kita membawa diri.


Renung renungkan lah....




0 Shoutout: