Thursday, April 3, 2008

Tidak perlu sekat laman blog


KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.

( Kerajaan nak sekat nie sebab nak tutup mulut Rakyat atau kebenaran ?? )


Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

''Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.


( Kerajaan Sekat satu, Blogger akan buka blog yang baru, apa yang susah. Kecuali kerajaan kita hebat sangat boleh lah beli blogger's site )


''Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

( Tue semestinye berlaku, Kalau apa yg blogger cakap tak betul, nape nak perduli ??Terasa ke ?? )






Abu Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara.

Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

( Sebab org org nie pandai pandai sangat, cakap pun tak bertapis. Buat apa nak sekat. Kalau kerajaan buat kerja, rakyat boleh bahagi mana yang betul mana yang tak . Nie nak sekat mesti ada udang sebalik batu )

''Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini.

''Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa penulis blog harus dididik bahawa laman itu bukan satu saluran yang boleh digunakan sewenang-wenangnya demi sesuatu tujuan.

''Mereka seharusnya mempunyai etika yang sangat tinggi dalam menulis atau mengendalikan laman blog masing-masing.

( Apa Yang di tulis merupakan pandangan seseorang terhadap kepimpinan kerajaan. Apa yang dijanjikan tak di tunaikan. )


''Tiada kebaikan kepada mereka sekiranya memaparkan sesuatu dengan tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka juga akan terima padah akhirnya akibat perbuatan mereka itu,'' jelasnya.

( Tak ada sesiapa yang nak jatuhkan sesiapa. Cuma orang yang makan cili terasa pedas. )



* Banyak perkara yang terjadi. 4 Tahun lepas. Semasa BN menang Besar. Rakyat memberi kerpecayaan pernuh kepada pimpinan BN , tapi di salah gunakan dan selain itu byk benda yang naik dalam masa 4 tahun. Diperlihatkan byk benda yang BN lakukan sekarang, soalan nye.. kenapa tak buat 4 tahun lepas ??

Banyak perkara di rahsiakan. kenapa sekarang baru nak tunjuk kepada rakyat berapa byk harta menteri ?? mungkin dah tukar ke Swiss bank pun tak tau ??

3 Shoutout:

Anonymous said...

kerajaan sepatutnya sekat semua lamanan web. Inilah untuk kebaikkan kerajaan. Kerajaan bijak, rakyat pintar. Oleh itu, kerajaan seharusnya menyekat semua blog, terutama sekali http://www.jerrydiary.blogspot.com
kerana jerry selalu 'kondem' apa yang sepatutnya betul kepada komen yang tidak berkenaan. saya pun tak tau apa saya cakap sebab kurang berbahasa melayu, apatah lagi menulis dalam bahasa melayu. Oleh itu, tamat komen saya yang tidak bernilai 5sen...
Sekian terima kasih.
Yang palsu,
kc

Anonymous said...

Selain menyekat lawan blog, kita juga harus menyekat memindahan tenaga malaysia ke luar negara untuk mengelakkan situasi "brain drain" dari tanah air yang tercinta. Kita harus menyekat rakyat malaysia dari bekerja di luar negara terutama satu satu orang malaysia yang digelar dengan samaran "Babyterry". Kita perlu menubuhkan pasukan skuad malaysia untuk menjalankan operasi mencari dan menggembalikan "babyterry" ini untuk bekerja di bawah kerajaan malaysia dengan gaji kacang. Demikianlah pendapat saya yang bernilai lebih dari 5 sen ...

Sekian terima kasih


* This remark is not to be taken seriously. ONLY intended for the above mentioned "babyterry" * ;-)

Anonymous said...

Konichiwa,

watachiwa "L" des

saya akan memberi komen dalam bahasa Malaysia. Saya sokong kedua dua pandangan dari awak. Baby Terry saya rasa awak patut pulang ke malaysia. KTM Perlu pakar macam awak :)

Arigato gozhaimas.