Friday, April 18, 2008

Lagi Lagi Pasal Minyak

Lagi lagi pasal minyak dan subsidi. Petikan dibawah di ambil dari Utusan Malaysia ( Untuk petikan penuh sila click di SINI )

"Bagaimanapun pakar ekonomi berpendapat subsidi yang diberikan itu wajar ditarik balik sedikit demi sedikit bagi mengurangkan bebanan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi"

Pakar ekonomi perpendapat subsidi minyak wajar ditarik balik sebab kalau kerajaan bagi subsidi minyak , kerajaan akan bangkrup....

Kenapa sesetengah individu bila mereka memberi kenyataan, mereka bagaikan tak berfikir . Kadang kadang saya pun tak paham. Banyak lagi perkara yang boleh buat sebuah kerajaan atau negara bangkrup, Tak pernah terjadi di dalam sejarah dimana kerajaan bangkrup sebab bagi subsidi minyak.

Kenapa Minyak jadi satu tajuk UTAMA ??? kenapa tak menyoal pasal kerajaan beli kapal selam ? atau jet perjuang ?? Atau projek projek koridor ?? atau pasal angkasawan ??

Semalam ada atikle di dalam surat khabar tempatan mengatakan sebab utama menghantar angkasawan sebab menaik taraf kemahiran dan pengetahuan Sains dan teknologi negara. Ye Ke ?? Bukan nak muka ?? Cuba bagi beberapa sebab apa kebaikan untuk negara ??

Nasib baik Kerajaan tak bagi duit kat 4 org yang pikir boleh "mengubat" Sufiah. Mereka perpendapat Sufiah " Berpenyakit ". Tue lah malaysia. Masalah dalam negara pun tak terjaga, tapi nak jaga hal hal yang tak kena mengena dgn negara... Yang buat saya sakit hati sebab Sufiah pun bukan warganegara malaysia. Sufiah memang seorg yang bijak. Tapi.. dia sendiri yang memilih hidup beliau. Kalau dari awal dia rasa dia bermasalah, nape dia tak cari ibu dia ?? itu dah menunjukkan sufiah sendiri memilih jalan hidup dia sendir. Malaysia ramai lagi budak-budak yang bermasalah kenapa tak menyelesaikan masalah yang sedia ada ???

Kembali kepada tahun 1991-1998 , harga minyak selama 8 tahun tetap tidak naik walaupun harga minyak dunia masa itu naik mendadak. Kalau difikirkan dalam 8 tahun itu terdapat 1 tahun di mana negara mengalami masalah kewangan. harga naik ke ?? Dalam masa setahun Tun Dr M menyelesaikan masalah kewangan negara.

Malas nak comment lagi... kalau terus tulis... Sampai besok pun tak habis. Sekian...




0 Shoutout: