Tuesday, August 26, 2008

Avril Lavigne Concert not OK!!

PKPIM: Muzik, personaliti Avril OK

dikemaskini Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tidak melihat sebarang masalah dengan penyanyi punk pop wanita kelahiran Kanada, Avril Lavigne, yang akan mengadakan konsertnya Jumaat ini.

Presidennya Mohd Hilmi Ramli berkata penyanyi manis itu yang dianggap sesetengah pihak di negara ini sebagai seksi "lebih baik sedikit daripada artis-artis luar negara" yang pernah membuat persembahan.

avril lavigne concert merdeka stadium"Avril Lavigne OK sebenarnya. Tidak ada elemen yang tidak baik. Personalitinya lebih baik," tambahnya. "Muziknya OK sikit."

Oleh itu, PKPIM tidak merancang untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert 29 Ogos ini seperti diura-urakan oleh sesetengah pihak.

"Dan kami tidak ada niat untuk mengadakan demontrasi," kata Mohd Hilmi kepada Malaysiakini.

Konsert tersebut dibenarkan kembali oleh kerajaan Sabtu lalu selepas dilaporkan mahu ditangguhkan beberapa hari sebelumnya.

Penganjuran konsert tersebut mendapat bantahan daripada PAS dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mulai awal bulan ini.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam menyeru beberapa organisasi seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menyertai bantahannya.

"Pemuda (PAS) Wilayah melihat seolah-olah menteri-menteri Umno tunduk kepada tekanan luar apabila tiba-tiba sahaja bersetuju meluluskan konsert berkenaan.

"Menteri-menteri Umno bacul kerana tidak dapat mempertahankan maruah umat Islam dan Melayu di negara ini.

"Pemuda Wilayah akan menghantar semula memorandum kepada pihak kerajaan bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya kelulusan yang telah diberikan.

"Jika perlu Pemuda Wilayah akan turun berdemonstrasi di jalan raya membantah konsert Avril," satu kenyataan di blog Dewan Pemuda PAS itu dipetik.

Timbalan pengerusi hal-ehwal wanita Gamis, Zafirah Zainuddin hari ini tidak bersetuju dengan pendirian PKPIM.

"Mengikut permerhatian Gamis, video-video klip dan gambar-gambar, penampilannya keterlaluan, mendedah (badan) dan tidak seiring dengan budaya kita.

"Ia mempengaruhi pemakaian anak muda. Ia membawa muzik punk dan punk memberi kesan negatif kepada anak muda," katanya kepada Malaysiakini.

PKPIM bagaimanapun, kata Mohd Hilmi, berpendapat pemilihan tarikh untuk mengadakan konsert itu tidak sesuai.

"Cuma tarikh konsert itu diadakan dekat dengan Ramadhan dan kemerdekaan, seolah-oleh kerajaan tidak sensitif dengan keadaan dan waktu," kata Mohd Hilmi.

Demonstrasi berhubung isu yang sama berulang-ulang akan "menjatuhkan imej" PKPIM sebagai pertubuhan dakwah, tambahnya, dan ia tidak mahu kelihatan mengambil "pendekatan keras."

gwen stefani kl concert performance 220807 coveredPKPIM sering menyuarakan bantahannya dalam beberapa konsert penyanyi tempatan dan asing, termasuk konsert penyanyi pop Gwen Stefani (foto kiri) pada 21 Ogos tahun lepas.

Konsert penyanyi punk berusia 23 tahun itu dijangka akan berlangsung di Stadium Merdeka jam 8 malam.

Isu memprotes konsert Lavigne mula serius apabila ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berbincang dengan wakil Pusat Setempat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar konsert itu dibatalkan.

Rabu lalu, wanita Gamis yang diketuai naib presidennya Rafidah Jannah Salleh menghantar memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut.

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada hari yang sama dilaporkan menimbangkan untuk menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain yang bersesuaian dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini.

Diminta mengulas keputusan baru kerajaan itu, Zafirah berasa cukup kecewa dengan langkah meneruskan semula konsert itu.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert tersebut," katanya.

Zafirah berkata wanita Gamis akan menghantar memorandum kepada kementerian berkenaan jam 11 pagi Rabu ini untuk membantah konsert tersebut.

Tambahnya, Gamis juga akan mengedarkan risalah kepada orang ramai sebagai bantahan.

Agak mustahil kerajaan boleh memantau konsert itu agar tidak timbul masalah sosial di kalangan anak muda seperti berdua-duaan, berkelakuan sumbang dan minum arak, kata Zafirah lagi.

"Tidak ada impak positif kepada anak muda. Tidak ada kesan pembinaan sahsiah mereka.

"Konsert (ini) menyumbang kepada keruntuhan akhlak, melemahkan pemikiran dan minda anak muda," katanya.

Tiga album Lavigne terjual 30 juta keping sejak 2002.


Petikan dari malaysia kini

http://malaysiakini.com/news/88555


====================================================================
Ini Pandangan aku

Lagi Lagi pasal concert, tak habis habis.... alasan sebab bulan kemerdekaan and bulan ramadan. ehhh mak cik, kalau nak begitu patriotik nape ada concert pada hari countdown ?? ohhh kalau hari countdown boleh adakan concert... panggil si artis artis-artis akademi fantasia.

Malaysia menjadi dunia ketiga sebab org cam kau la nie... kalau kau jadi perdana menteri... HABIS... tutup semua shopping mall. shopping mall yang kita ada cuma cam yang kat terennganu pasar payang atau pasar besar siti khadijah.... litar lumba sepang agak nyer tukar ke pasar malam... mungkin boleh pecah recod kot... pasar terpanjang di asia.....

nie nie... bila cakap Avril Lavigne sexy.... hang bagi tau aku... concert mana yang dia pakai sexy kalau di bandingkan dgn gwen stefani dan black eyes peas. Walaupun dia penyanyi punk... pernah dgr lagu dia ??? ada paham maksud lagu dia?? ke hang tak paham..yelah.. bahasa engeris .... hang jgn main tembak jer... dgr lagu punk semua tak baik.... tue org panggil bodoh sombong....
tak paham tak reti tanya...

Kalau nak dibandingkan sapa lagi sexy... hang tgk anak anak bangsa hang dulu... pakaian dia org lagi gile dari artis yang datang ke malaysia....


nie petikan yang tak sedap dgr
"Konsert (ini) menyumbang kepada keruntuhan akhlak, melemahkan pemikiran dan minda anak muda," katanya"

habis lau nak concert cam mana baru tak runtuh akhlak anak muda?? concert lagu nasyid ??? ok... aku cabar hang... tgk berapa anak muda yang pergi concert cam tue.... ticket takyah lah mahal mahal... 30 ringgit cukup... tgk ada org nak pergi tak....

kadang-kadang aku tak tau cam mana org boleh bagi satu kenyataan yang membuat org luar kertawakan malaysia...

cuba kau tunjuk kat aku... berapa buat kereta yang naikan bendera malaysia...lagi berapa hari nak merdeka??? tgk sekeliling.... jgn pandai cakap je... kalau aku dpt risalah yang hang bagi tue... aku terus buang depan muka hang... banyak perkara lagi yang perlu di beri tumpuan tapi ada org beri tumpuan pada benda yang tak sepatut nyer... benda yang patut buat dia orng tak buat, benda yang tak patut buat dia org nak tunjuk samseng..... BODOH!!!

4 Shoutout:

Arin Zahari said...

it doesn't have to be a concert or other foreign influence, that contribute to our social illness in Malaysia. The choice are made by our own people. We are grown-ups, so, we know how to differ right from wrong.

Anonymous said...

kenapa nak kena marah2 caci maki bangsa sendiri (bila dorg buat benda baik) semata2 nak pertahankan artis kapir ar?

"Kalau nak dibandingkan sapa lagi sexy... hang tgk anak anak bangsa hang dulu... pakaian dia org lagi gile dari artis yang datang ke malaysia...." ~ btol. TAPI sebab apa jd camtu? sebab pengaroh diorang jugak kan? atau kita sendiri dari akar umbi mmg dah tak elok? pastu nk salahkan bangsa snirik, tapi bila artis kapir nak dtg, kita support. diorg dtg, diorg buat duit, kita kluar duit bagi diorg. bagos la ko support mende camni. siap maki bangsa ko snirik bodoh lagi. sapa yg bodoh la sebenarnya.

aku ok je kalo ko nak pi, ko nak support, tapi ko tak perlu caci maki org yg wat mende elok la beb.

Anonymous said...

With reference to "i said..."

Are you implying that by stopping all concert by foreign artists will save the moral of society from deteriorating to obvilion?? what about the internet? ,tv?? movies? should we ban them too?

Wouldnt a more practical approach is to teach our young right from wrong??

As you also implied that the reason why our anak-anak bangsa is dressing too sexyly these days are from the bad influence of foreign artists. How come not blame it on bad upbringing?

Furthermore as a result of placing such restrictions with that kinda excuse, what kind of impression are we putting up to the world?? That we are a nation of fickle minded people who blindly get influenced ?? .. ever heard the saying" Monkey see, monkey do"?

Come on.. give your fellow Malaysians some credit. We are a lot more matured that that... well some of us at least.

p/s: paparich, nicely said :)

Jerry Cornelius said...

Kudos to Paparich and Anonymous :D